• Bilangan Pelawat :web site hit counter

     

CAWANGAN PEMELIHARAAN JALANRAYA
 
 
 

Leong Shing Yau (Ketua Penolong Pengarah/Pemeliharaan Jalanraya)
ShingYau.Leong@sabah.gov.my

Tingkat 4, Bangunan Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sembulan, 88582 Kota Kinabalu.

 

 
LATARBELAKANG
 
Cawangan Pemeliharaan Jalanraya JKR Sabah bertanggungjawab ke atas perlindungan dan penjagaan semua jalan raya serta jambatan JKR yang berdaftar di Negeri Sabah – satu pelaburan awam yang amat besar dalam negeri; untuk menjamin keselamatan pengangkutan barangan dan orang awam dengan efisien dan berterusan di seluruh negeri di samping pemeliharaan infrastruktur mengikut masa dan memadai, supaya keadaan berkenaan akan sentiasa dibuat penyenggaraan hampir dengan keadaan asalnya sejak pembinaan yang pertama atau pembaikan berikutnya.
   
Pembersihan tanah runtuh sedang dijalankan.
 
PIAGAM PELANGGAN
 
Mempastikan pengguna jalan dapat menikmati perjalanan dengan senang,selamat dan selesa.
1)      Setiap kerja pembaikan diatas jalanraya akan dilengkapi dengan papan-papan tanda dan lain-lain alat amaran yang secukupnya mengikut garis panduan JKR.
2)      Tindakan akan diambil dalam masa tidak melebihi 3 hari setelah aduan diterima untuk memperbaiki lubang-lubang (potholes) diatas turapan jalan yang membahayakan lalulintas.
3)      Tindakan akan diambil dalam masa tidak melebihi 12 jam setelah aduan diterima untuk membersihkan pokok-pokok tumbang dari permukaan jalanraya.
4)      Sekiranya berlaku keadaan seperti tanah runtuh yang menggangu lalulintas atas keselamatan awam, tindakan yang sewajarnya akan diambil dalam masa tidak melebihi 24 jam setelah aduan diterima.
5)      Setiap penutupan jalan yang disebabkan oleh kecemasan seperti banjir, jambatan roboh, dan sebagainya, akan diumumkan di media massa dalam tempoh 24 jam setelah aduan diterima.
6)      Setiap penutupan berjadual akan diumumkan di media massa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ianya dijalankan.
7)      Laporan dan aduan mengenai banjir tempatan dan parit-parit tersumbat ditepi jalan akan disiasat dan diberi perhatian dalam masa 24 jam.
8)      Laporan dan aduan diterima mengenai lampu isyarat yang rosak akan disiasat dan diberi perhatian dalam masa 24 jam.
 
OBJEKTIF
 
* Untuk memastikan semua jalan raya Negeri dan Persekutuan dan juga jambatan adalah selamat, efisien dan konsisten dengan maksud kegunaannya;
* Untuk mencapai 'cost/benefit ratio' yang terbaik dalam pelaburan bagi penyelenggaraan jalan raya; dan
* Untuk mengambil alih dalam kawalan semua jalan raya dan jambatan Persekutuan dan Negeri yang telah digazet.
 
FUNGSI
 
1)     Penggubal dan pelaksana dasar dan piawaian berkaitan dengan:-
* Pemeliharaan jalan raya dan jambatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan;
* Operasi dan penyelenggaraan feri;
* Penyelenggaraan lampu isyarat dan petanda trafik;
* Kerja-kerja pencegahan hakisan;
* Kerja-kerja pembaikan akibat banjir; dan
* Menyelia kenderaan yang lebih muatan.
2)     Penyediaan anggaran dan jadual kerja untuk pemeliharaan jalan raya Negeri dan Persektuan;
3)     Perancangan awal, pengendalian dan kawalan atas semua kerja-kerja pemeliharaan jalan raya; dan
4)     Menyediakan kertas kerja berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pemeliharaan jalan raya.
 
TATACARA PERMOHONAN MENDIRIKAN STRUKTUR PAPARAN IKLAN [ KLIK UNTUK MUAT TURUN ]
 

1) Struktur Paparan Iklan Di Dalam Rezab Jalan Persekutuan / Lebuhraya Tahun 2011 (Versi 2.4)

2) Struktur Paparan Iklan Di Dalam Rezab Jalan Negeri Tahun 2011 (Versi Sabah_1.3)